Pada masa hadapan, perak dijangka menjadi logam yang jarang ditemui kerana permintaannya kini telah melebihi penawaran dalam pasaran. Lebih daripada 300 juta ounce (kira-kira 9 juta kilogram atau 9,000 tan) perak digunakan dimana jumlah ini sudah melebihi dari pengeluaran dan penggunaannya semakin meningkat dari tahun ke tahun. Nota: 1 ounce ialah 31.1035 gram. Semua penyimpan, pelabur, peniaga mula memberi perhatian kepada logam perak disebabkan oleh kenaikan harga logam perak yang lebih tinggi berbanding emas. Jadi saya akan berkongsi sedikit mengapa perak berpotensi melonjak lebih tinggikerana harga yang lebih murah berbanding emas tetapi potensi lonjakan harga lebih tinggi.
Beberapa faktor yang saya kira potensi melonjakkan harga perak :
- Logam perak tidak mempunyai lombong khusus berbanding emas. Secara asasnya perak dihasilkan sebagai hasil sampingan dari bijih logam lain seperti nikel, kuprum. Maknanya pengeluaran perak adalah lebih terhad berbanding emas.
- Perkembangan teknologi dengan sangat pantas menyebabkan permintaan terhadap logam perak semakin meningkat. Perak digunakan secara meluas dalam industri komputer, telefon bimbit, panel solar, bidang perubatan dan lain-lain.
- Perlindungan dalam situasi krisis kewangan seperti inflasi. Sama seperti emas, perak juga dikategori sebagai "precious metal" dan bersifat kalis inflasi.
- Permintaan yang semakin meningkat. Negara China merupakan pengimport tegar emas dan perak.
No comments:
Post a Comment